Thursday 20 June 2019

Soal Jawab Jus Manggis Xango Oleh Dr Templeman MD

Dr. J Frederic Templeman MD adalah Doktor Perubatan di Amerika Syarikat dan Kanada.
Berpengalaman lebih 20 tahun di bidang klinikal. Pengarah Perubatan Kajian Phytoceutikal. Pakar Kesihatan Nutrisi dan Penceramah Berkenaan Kemampuan Kesihatan Buah Manggis
S. Doktor, apakah itu Antioksida?

J. Merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh kita untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel-sel normal, protein dan lemak didalam badan kita.
S. Doktor, apakah itu Radikal Bebas?

J. Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu electron dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan berusaha mengambil electron dari molekul atau sel-sel lain.
S. Doktor, apakah itu tekanan oksidatif ?

J. Adalah satu keadaan dimana jumlah radikal bebas didalam tubuh kita melebihi kemampuan tubuh untuk meneutralannya.
S. Doktor, apakah itu ORAC ?
J. ORAC – Oxygen Radical Absorbance Capacity, adalah sukatan antioksida didalam pemakanan kita.
S. Doktor saya tidak pernah mendengar mengenai kebaikan manggis dan dia merasakan buah itu tidak dapat membantu saya. Mengapakah dia tidak pernah mendengar tentangnya, dan adakah tanggapannya betul?

J. Setelah mempraktikkan ubat-ubatan tradisi selama lebih 20 tahun, saya pasti pakar kesihatan allopathic tidak berusaha untuk mengambil tahu tentang perkembangan dunia perubatan alternative seperti Manggis. Lagi pun mereka dilatih untuk melihat ubat-ubatan sebagai rawatan utama untuk penyakit. Bagi pakar ia hanya tahu ubat-ubatan mempunyai satu tujuan yang spesifik. Iaitu satu ubat satu penyakit. Tanggapannya adalah tidak betul, kerana mereka kena tahu bahawa “botanicals” (agen terapi dari tumbuhan seperti Manggis), boleh melaksanakan beberapa fungsi dalam tubuh badan manusia. Buah Manggis akan menjadi sebutan setiap keluarga, lebih kerap dari aloe vera. Dalam hal ini, para pesakitlah yang akan melaksanakan tugas mendidik pakar kesihatan ini. Dimana pesakit akan memberitahu tentang kehebatan Manggis dan kesan daripada pengambilannya, ini akan memeranjatkan mereka.
S. Saya mengalami alahan terhadap banyak jenis makanan. Adakah buah manggis selamat untuk saya?

J. Manggis adalah sejenis buah, oleh itu ada orang akan mengalami reaksi alahan terhadapnya. Tetapi kesan alahan itu tidak membahayakan nyawa. Kesan-kesan alahan yang paling biasa adalah ruam kulit, dimana kemerahan dan bengkak pada kulit dan kerap buang air besar. Disamping itu kadangkala pening-pening dan sakit sendi. “Tetapi” komplikasi-komplikasi ini boleh jadi juga disebabkan oleh “krisis penyembuhan” atau “reaksi penyahtoksin”. Untuk mengatasi masalah ini, kita boleh mengurangkan dos pada permulaan (kadangkala sehingga 5 ml atau satu sudu kecil), selepas itu sedikit demi sedikit meningkatkan dosnya dalam tempoh beberapa minggu akan menyebabkan reaksi penyembuhan dan kesan penyahtoksinan hilang. Jika kesan alahan tetap ada dan semakin teruk, individu terbabit tidak boleh memakan buah tersebut. Secara alternatif, untuk mengetahui samada reaksi disebabkan oleh buah manggis, hentikan penggunaannya selama seminggu, kemudian mulakan semula untuk melihat sekiranya kesan itu berulang.
S. Adakah jus buah manggis selamat untuk kanak-kanak dan bayi?

J. Pertama dan terutama, manggis adalah sejenis buah, oleh itu makanlah ia seperti anda makan buah-buahan lain. Seperti jus epal dan oren, adalah selamat untuk kanak-kanak, begitu juga jus manggis. Bagi bayi pula termasuk kes istimewa, sehingga usia mencapai 12 bulan , bayi mempunyai “leaky gut” ataupun perut yang mudah bocor. Jadi bayi tidak seharusnya diberikan jus sehinggalah buah-buahan diperkenalkan dalam diet mereka (bayi), jumlah 1-2 sudu kecil dicampurkan ke dalam makanan dapat dipertimbangkan.
S. Saya adalah seorang yang sihat, adakah saya perlu makan buah manggis?

J. Pada pendapat saya, asset terpenting buah manggis bukanlah khasiat perawatan tetapi khasiat pencegahannya. Dengan 1 hidangan manggis setiap hari, pengguna mampu meningkatkan ketahanan tubuh mereka terhadap penyakit dan memberi antioksidan yang hebat. Oleh itu anda perlu mengamalkannya untuk mencegah perkembangan penyakit di dalam diri kita.
S. Berapa banyakkah sukatan jus manggis yang saya patut ambil?

J. Untuk pencegahan, dicadangkan dos minima 1 auns (30ml) setiap hari. Sekiranya anda ada menpunyai masalah penyakit, dicadangkan dos 1 auns (30ml) 3 X sehari. Jus buah manggis ini harus diambil berserta dengan makanan.
S. Apakah yang memberikan buah manggis unsur-unsur sebagai buah kesihatan?
J. Buah manggis mempunyai XANTON, Tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain. Xanton adalah molekul bioaktif dengan struktur polyphenol yang mempunyai beberapa ikatan karbon ganda dua. Ikatan-ikatan ini memberikan kestabilan secara kimia yang kuat (contohnya, xanton tidak dapat dimusnahkan oleh haba).
S. Bolehkah manggis membantu dengan masalah arthritis saya?

J. Ya, kebanyakan jenis arthritis, majoriti kebaikan manggis datangnya dari kesan anti-radang buah manggis, kerana ia menghalang enzim COX yang bersifat pro-radang.
S. Bolehkah buah manggis membantu menentang penyakit kencing manis (diabetes) ?

J. Diabetes Jenis I, kesemua sel yang menghasilkan insulin (dipanggil sel beta), didalam pancreas telah dimusnahkan. Memaksa pesakit mendapat insulin dari luar tubuh untuk terus hidup. Dalam tubuh pesakit-pesakit ini, kawalan gula dalam darah biasanya menghadapi masalah, dengan tahap gula yang seringkali turun naik tiba-tiba.
Dengan menggunakan manggis sebagai makanan tambahan:
. Berjaya meningkatkan kadar kawalan glisemik (gula dalam darah) dan merendahkan amplitude kenaikan dan penurunan gula dalam darah.
. Penurunan kadar frekuensi jangkitan yang ketara.
Diabetes Jenis II, biasanya dikaitkan dengan obesiti atau kegemukkan. Buah manggis telah membantu penurunan tahap gula dalam darah.Oleh itu pesakit jenis ini perlulah menjaga pengambilan makanan harian mereka walaupun mengamal jus manggis. Pesakit harus menguji tahap gula dalam darah mereka setiap hari, agar mereka dapat mengurangkan pengambilan ubat-ubatan dengan nasihat pakar kesihatan.
S. Bolehkah manggis membantu saya mengurangkan berat badan?
J. Boleh, menurunkan berat badan tetapi kita juga kena mengubah tabiat pemakanan, jika tidak kenaikan semula berat badan.
S. Adakah buah manggis mampu membantu dengan masalah penyakit sistem saraf seperti Alzheimer, MS (Multiple Sclerosis) dan Parkinson?

J. Penyakit Alzheimer adalah penyakit yang tidak dapat diubati yang berpunca dari kerosakan otak yang semakin merosot. Oleh itu pakar-pakar kesihatan bersetuju bahawa rawatan antioksida adalah cara pencegahan yang amat berkesan.Pengalaman secara klinikal menunjukkan perkembangan yang baik keatas pesakit Alzheimer, MS dan Parkinson, yang telah mengambil buah manggis sebagai makanan tambahan mereka. Faedah yang lebih banyak diperolehi sekiranya pesakit mengambil buah manggis di peringkat awal mereka.
S. Adakah buah manggis selamat dimakan dengan ubat-ubatan?

J. Sehingga ke hari ini, kami masih belum menerima aduan kesan tindakbalas ubat-ubatan apabila mengambil buah manggis, iaitu mengambil buah manggis dengan ubat-ubatan.
S. Adakah buah manggis boleh membantu melegakan kesakitan?

J. Buah manggis mempunyai kualiti anti-radang yang amat mujarab. Oleh itu ia boleh membantu sebarang kesakitan yang sedang anda alami.
S. Bolehkah manggis membantu dalam menangani bebarapa penyakit saluran Gastrointestinal seperti cirit-birit, sindrom keradangan intestin atau IBS dan diverticulitis?

J. Sudah tentu!. Penggunaan manggis yang paling meluas dalam bidang perubatan tradisional adalah berkaitan dengan saluran penghadaman. Adalah wajar untuk menggunakan buah manggis untuk memberikan kesan perlindungan terhadap masalah ini.
S. Adakah buah manggis selamat untuk ibu mengandung atau yang sedang menyusu badan?

J. Kami mempunyai ramai pengguna hamil dan menyusu badan yang memakan buah manggis dan tidak mengalami sebarang masalah kecuali mendapat faedah untuk kesihatan. Ia membantu semasa tempoh hamil dan laktasi, ianya sama seperti anda meminum jus buah-buahan lain tetapi manggis amat berkhasiat. Ianya layak sebagai makanan berkhasiat tanpa bahan toksik. Apabila anda ada komplikasi seperti diabetes gestational atau masalah tekanan darah berlaku semasa tempoh kehamilan, sila bincang dengan pakar kesihatan anda. Saya tidak mengesyorkan pemakanannya dimulakan semasa mengandung oleh mereka yang pernah mengalami kesan buruk semasa hamil sebelum ini.
S. Bolehkah manggis membantu meringankan masalah pernafasan seperti COPD, ASMA, EMPHYSEMA dan Bronkitis kronik?

J. Buah manggis yang mempunyai ciri antiviral, antibakteria dan antikulatnya mampu mengurangkan kekerapan jangkitan paru-paru, seterusnya mengurangkan kerosakan tisu kumulatif. Hasilnya, semakin kurang rawatan antibiotic yang diperlukan. Kesan anti-radang Xanton yang terdapat didalam buah manggis dapat mengurangkan keradangan dan kerosakan sel dan menghalang permulaan hipertensi pulmonari yang boleh membawa maut. Kerana manggis mempunyai kesan antioksida yang mujarab, ia menghalang semua proses radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel kita. Buah manggis boleh memberi perlindungan terhadap masalah ini.
S. Adakah manggis membantu merawat fibromyalgia?

J. Buah manggis mengandungi bahan yang menghalang COX-2, satu-satunya tumbuhan botani yang dipercayai terbukti mempunyai unsur-unsur yang dapat menghalang COX-2, melalui ujikaji yang dijalankan. Walau bagaimanapun, kepantasan keberkesanannya manggis merawat masalah ini sangat berbeza dari individu ke individu. Ada dalam masa satu atau dua minggu.Ada masalah lain disebabkan oleh fibromyalgia seperti kelesuan, keabnormalan tidur dan titik lemah, semua mengalami perubahan yang positif kerana xanton didalam manggis boleh menyembuhnya. Dalam pengalaman klinikal, Xanton didalam manggis boleh membantu mengembalikan pola tidur yang normal dan turut memberi peningkatan tenaga. Betapa hebat buah manggis.
S. Bolehkah buah manggis membantu merawat alahan bermusim (seperti demam, demam selsema dan lain-lain) yang saya alami?

J. Xanton didalam buah manggis telah terbukti bersifat antihistamin dan anti-keradangan, kedua-duanya membantu dalam mengawal simpton-simptom alahan.Oleh itu ianya boleh membantu masalah alahan. Pengambilan manggis untuk tujuan pencegahan penyakit dapat membantu mencegah simptom alahan dan asma pada ramai pesakit sepanjang tahun.
S. Bolehkah buah manggis membantu dalam pencegahan barah (KANSER)?

J. Bukti yang menunjukkan makanan tambahan mengurangkan risiko penyakit barah sangat menyakinkan. Beberapa kajian menunjukkan mereka yang mengambil makanan tambahan mempunyai kadar rendah menghidap barah. Di Amerika, 21% kematian disebabkan barah. Semakin lanjut usia kita, sistem ketahanan tubuh kita semakin kurang berkesan, kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas semakin meningkat, maka kadar penyakit barah meningkat. Sebagai langkah pencegahan, buah manggis dibuktikan mempunyai unsur antitumor yang mujarab melalui kajian makmal yang telah dijalankan.
S. Adakah buah manggis berbahaya sekiranya digunakan oleh seseorang yang sedang menjalani terapi Coumadin kerana sifat antioksidanya?

J. Saya rasa tidak perlulah terlalu risau menggunakan Coumadin bersama buah manggis.
S. Bolehkah buah manggis membantu merawat migrain dan sakit kepala berkelompok?
J. Buah manggis telah berjaya dimana rawatan yang lain telah gagal. Dengan pengambilan jus buah manggis setiap hari bersama makanan telah memberi keputusan yang positif terhadap masalah ini. Terdapat ramai pengguna yang berkongsi masalah ini, dimana penggunaan jus manggis telah membantu masalah migrain dan sakit kepala mereka.
S. Bolehkah buah manggis membantu mengawal kadar kolesterol?

J. Sekarang kita hidup pada hari dan zaman di mana separuh dari kita akan mati kerana serangan jantung atau serangan angina ahmar. Itu adalah jumlah yang mengejutkan. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan adalah fakta yakni semua kematian ini mampu dicegah. Penyakit jantung atau arteriosclerosis secara umumnya adalah penyakit gaya hidup, sama seperti kanser (akibat merokok atau faktor lain).
Punca utama penyakit jantung adalah ” kadar kolesterol yang tinggi. Kolesterol adalah unsur lemak dalam badan kita. Kita mendapat kolesterol dengan 2 cara iaitu satu dengan memakan makanan yang mengandungi kolesterol. Dua, badan kita yang menghasilkannya. Malangnya, sebahagaian besar dari kita mendapat kolesterol kerana kurang bersenam dan tabiat pemakanan yang tidak sihat dan genetik. Mereka yang mempunyai unsur genetik mempunyai risiko yang tinggi masalah kolesterol. 2 jenis kolesterol- HDL (high density lipoprotein atau lipoprotein berkepekatan tinggi, iaitu kolesterol ” baik”) dan LDL (low density lipoprotein atau lipoprotein berkepekatan rendah, iaitu kolesterol “jahat”). Masalah timbul apabila berlakunya pengoksidaan LDL. Disini buah manggis boleh membantu mengatasi masalah ini.Gamma mangostin (xanton dalam manggis) “menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih mujarab dari alpha tocopherol (vitamin E). Adalah diingatkan bahawa anda tidak berhenti mengambil ubatan mengatasi kolesterol walaupun dengan manggis. Saya telah melihat pesakit saya dan saya sendiri dimana manggis dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dari 10 hingga 30 poin dan meningkatkan kadar kolesterol baik(HDL).
S. Saya telah menderita depresi gred rendah dipanggil dysthymia sejak beberapa tahun. Bolehkan buah manggis membantu saya?.

J. Buah manggis membantu melegakan masalah “mood” atau emosi (perasaan tidak tenteram, panik, kemurungan). Buah manggis memberi kesan pada pengurangan serotonin. Penggunaan 3 kali sehari adalah perlu apabila merawat masalah perubahan emosi.
S. Saya menghidap ulser dan GERD kerana jangkitan bakteria yang tidak saya sedari. Bolehkah buah manggis membantu saya?
J. Bakteria Helicobacter pylori telah dibuktikan sebagai punca utama Gastritis, GERD, gastric dan Ulser duodenal. Buah manggis boleh memusnahkan bakteria ini dan amat berkesan mengatasi masalah ini dengan buah manggis.
S. Saya telah menggunakan manggis dengan berkesan untuk merawat penyakit arthritis yang dihidapi anjing saya. Adakah ada sebab-sebab tertentu manggis tidak patut diberikan kepada haiwan?

J. Saya telah menemui ramai doktor haiwan yang telah menggunakan jus manggis untuk merawat penyakit pada haiwan. Contohnya bahan anti-radang didalam buah manggis membantu perternak kuda di Kentucky untuk mengatasi masalah pada kuda.
S. Saya menggunakan manggis seperti yang telah anda cadangkan selama 2 bulan tetapi tiada sebarang perubahan pada simptom yang saya alami. Kenapa saya tidak mengalami apa-apa kesan sebagaimana kebanyakan orang lain?

J. Tiada rawatan yang berkesan pada setiap orang dan tiada pula rawatan yang tidak berkesan pada seorang pun.Kita semua unik dari segi biologikal. Oleh itu, apa yang berlaku dalam badan kita mungkin berbeza dengan apa yang berlaku dalam tubuh orang lain. Penyakit juga merupakan satu variasi yang besar. Tanda-tanda dan simptom mungkin agak sama antara manusia, tetapi cara bagaimana penyakit tersebut memberi kesan terhadap seseorang individu adalah tidak dapat dijangka. Jika seseorang itu tidak mengalami sebarang kelegaan dari simptom penyakit yang dihidapinya apabila memakan manggis, tidak seharusnya ada tanggapan manggis tidak berfaedah untuk diri saya. Perubahan besar pada tubuh, seperti perubahan yang tidak baik, berlaku tanpa disedari. Saya yakin penggunaan manggis dalam jangka masa panjang akan memberi kesan positif pada hampir semua organ dan sistem utama dalam tubuh. Manggis melegakan simptom pada kebanyakan pesakit, tapi bukan pada semua. Ia adalah rumusan botani yang menakjubkan.
RUMUSAN TENTANG BUAH MANGGIS
  • Tiada bukti bahan toksik, walaupun pada dos yang sangat tinggi.
  • Walaupun manggis mempunyai kualiti perubatan yang menakjubkan, manggis masih sejenis buah dan jusnya masih merupakan jus buah.
  • Bentuk dos dan kesan yang didokumentasikan masih belum boleh didapati untuk kes perubatan yang jarang berlaku pada masa ini.
  • Vitamin dan mineral tambahan harian harus diambil untuk melengkapkan kesan manggis.
  • Sementara sesetengah tindakbalas boleh dilihat dengan pantas, kebanyakan simptom penyakit kronik memerlukan masa beberapa minggu atau mungkin berbulan untuk memperlihatkan sebarang perubahan positif.
  • Secara amnya, lebih banyak jus yang diambil adalah lebih baik untuk semua kegunaan perubatan.
  • Pengambilan 3 kali sehari atau lebih kerap dan mesti disertakan dengan sedikit makanan, adalah jumlah rawatan yang ideal.
  • Manggis sebagai buah dan jusnya bukanlah sumber gula ringkas dan asid yang berbahaya.
“Try IT and you might like IT”

No comments:

Post a Comment